Thursday, December 1, 2011

2011 Dalam Kenangan....


Lama aku tinggalkan blog ni..kerana sibuk dengan macam-macam hal yang dirancang atau tak dirancang, menyebabkan blog aku tak ter'update'..tahun 2011 hampir melabuhkan tirainya..tinggal beberapa hari saja lagi, 2011 akan pergi meninggalkan kita..macam-macam hal yang berlaku, menjadikan manusia yang semakin dewasa dan matang...meningkat lagi setahun usia kita..

Kesibukkan harian menyebabkan tahun ni jugak, percutian agak terbatas..kebanyakkannya dalam negeri je..paling jauh pun ke Sarawak..itupun kerana majlis merisik, pertunangan dan perkahwinan adik ipar..kalau tak, memang tak kemana-mana..sebab suami sibuk mengendalikan dua kopitiam..bila buka kedai makan, pergerakan mula terhad...nak tutup kedai lama-lama, takut customer lari...

Kesian pada anak-anak, sekurang-kurangnya setahun, sekali kami akan membawa mereka bercuti ke luar negara...percutian ke Universal Studio Singgapore dalam bulan tiga ari tu pun, masih belum dapat memuaskan hati mereka...pada hal sehari suntuk kami menjelajah setiap ceruk dan setiap sudut... mungkin kerana keadaan dan suasananya yang tak jauh berbeza dari negara kita....kemudian, kami dah bawa mereka ke Sarawak..dalam tahun ni je, dua kali kami menjengah ke Bumi Kenyalang... pergi mandi-manda di Isi Rimba..berjalan-jalan di Melaka..menjengah ICT, Shah Alam..

Jalan-jalan dan ronda-ronda untuk tahun ni dah selesai rasanya..percutian seterusnya dalam tahun 2012, kalau di izinkanNya...

Monday, March 14, 2011

OL'DAYS KOPITIAM always welcome U





Dah agak lama aku tak menjengah dan update blok. Mungkin kerana busy dengan tugasan yang bertimbun..dan tak berkesempatan untuk membawa keluarga pergi bercuti kemana-mana, sama ada dalam atau luar negara..aku dan suami sama-sama sibuk menguruskan kopitiam yang baru kami ambil alih..macam menjaga bayi kecil..kena beri keutamaan pada business yang baru berusia 2 bulan ni..jadi banyak masa, tenaga telah dihabiskan untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Banyak perkara yang masih perlu dipelajari..

Walaupun agak sibuk, kami seronok dengan pengalaman yang baru ni..seronok bila tengok makanan yang disediakan habis dimakan...seronok bila melihat kedai penuh menjelang lunch time..penat tapi tetap tersenyum..sekurang-kurangnya kami tidak menerima maki hamun dari pelanggan yang datang..gembira bila melihat mereka keluar dari kedai dengan senyuman...

Terima kasih kepada semua teman-teman, sahabat dan keluarga yang memberikan sokongan moral, fizikal dan mental...terima kasih kepada semua sahabat yang telah sempat meluangkan waktu menjengah dan menjamah di kopitiam kami..kopitiam yang terletak di Plaza Damas, Sri Hartamas sentiasa mengalu-alukan kehadiran semua rakan taulan..

Monday, February 7, 2011

Cameron Highland, Pahang

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
Customize a free scrapbooking design



Seperti lazimnya,bila cuti panjang menghampiri, kami mula merancang aktiviti keluarga. Aktiviti yang paling popular untuk kami sekeluarga seperti biasa, melancong. Cuti-cuti Malaysia pada kali ini ke tanah tinggi Cameron Highland. Bezanya, cuti kali ini dirancang oleh adikku..selalu aku menjadi mastermind dalam setiap percutian keluarga..cuma kali ini aku serahkan kepada adikku yang ketiga..aku ingin melihat usahanya pula untuk merancang perjalanan keluarga kali ini.

Memang sukar untuk mendapatkan dan menempah bilik pada musim cuti..lebih-lebih lagi musim cuti perayaan..seluruh rakyat Malaysia mengambil kesempatan untuk berehat dan lari dari kesibukan kerja masing-masing..perjalanan ke Cameron bermula seawal 9.00am dari Sekinchan, Selangor. Kami menaiki kenderaan sendiri..ada tiga buah semuanya..sebenarnya ada rasa takut..terutama bila mengingatkan tragedi ngeri yang meragut ramai nyawa pelancung dari Thailand tempohari..Kami mendaki melalui Simpang Pulai. Banyak kenderaan pada ketika ini..Jadi agak perlahan pendakian kami ke puncak..Kami singgah di perhentian yang pertama...orang ramai..air tiada..terpaksalah kami menahan..suamiku sempat jugak melelapkan mata..

Selepas beberapa minit, perjalanan kami diteruskan..kami sampai ke destinasi yang dicari...apartment 1 bilik yang ditempah agak selesa..kerana bilangan kami ramai, kami mengambil 2 unit apartment..harga agak mahal...peak time..apa boleh buat..bayar saja untuk perkhidmatan yang diperlukan..breakfast disediakan..kami ada 12 dewasa dan 3 kanak-kanak..bilangan yang cukup ramai..

Berehat seketika untuk mengerjakan solat, bermulalah penjelajahan kami di Cameron Highland..pelancong memang ramai..kebanyakkannya rakyat tempatan..cuaca yang sepatutya sejuk/dingin tak terasa..haba dari badan, memanaskan menghilangkan rasa dingin yang ada..jalan rayanya sesak dengan penjalan kaki dan kenderaan...kegiatan saman dari polis trafik juga begitu rancak..Pasar malamnya yang menjual pelbagai makanan panas, sayura-sayuran, pakaian dan buah-buahan juga sesak..hujan renyai-renyai tidak menghalang orang ramai untuk terus melakukan urasan masing-masing...

Lewat petang baru kami pulang ke apartment semula..selesai solat maghrib, kami keluar menikmati udara malam Cameron Highlad..fuh..sejuknya hingga ke tulang itam...baju sejuk yang tidak dapat membantu memanaskan badan langsung..dengan hujan dan angin malam, menggigil dibuatnya..air yang berasap, sekejap je dah boleh dihirup tanpa bersusah payah meniupnya..keadaan di apartment juga amat sejuk..walaupun tiada kipas atau air-cond yang terpasang..duduk di Cameron pun dah tak tahan, camne nak melancong ke tempat sejuk...

Selepas bersarapan dengan nasi lemak dan teh `o' perjalan, kami berkemas untuk meninggalkan Cameron...kami singgah sebentar di Kea Farm..popular tempat ni.. mana-mana tempat kat sini menjual benda yang sama..sayur-sayuran, buah-buahan, teh, bunga-bungaan dan pakaian..dan mana-mana gerai pun penuh dengan pengunjung..maca-macam tektik peniaga untuk menarik pembeli..ada yang menjual sayur dengan 4 bungkus RM10..ada yang 14 bungkus RM10..aku turut membeli sedikit cenderamata dan sayur-sayuran sebagai ole-ole...

Seperti kelmarin, hari ini jalan bertambah sesak...bau hangit merata-rata..kenderaan bersusun, tidak bergerak diatas jalan raya..kereta yang rosak juga banyak tersedai di tepi jalan.. perjalanan turun juga agak perlahan..bukan kami je yang nak turun, ramai lagi pengunjung yang turun pada hari yang sama..mungkin kerana tidak mahu terperangkap dalam jem..

Walaupun letih, kegembiraan tetap terasa..selain mengeratkan hubungan adik beradik, kami turut mengeratkan hubungan dengan iparku yang baru..kini kami merancang untuk ke lokasi seterusnya bagi percutian yang akan datang..

Sunday, December 12, 2010

Maha 2010

Walaupun pameran Maha dah lama berlalu, pengalamannya sukar untuk aku lupakan. Dari mula Maha diperkenalkan, aku ingin sekali mengunjunginya...tapi tak pernah berkesempatan..mungkin kerana waktu itu aku duduk di Penang...jadi bila aku balik kampung pun, waktu aku amat terhad. Aku cuma mengikutinya melalui surat khabar atau berita perdana di tv.

Hanya pada tahun ini aku berpeluang untuk mengunjungi Maha 2010... Aku mengunjungi Maha pada hari ketiga ia berlangsung..kebetulan hari tersebut hari Ahad...Aku memulakan perjalanan dari rumah pada pukul 2 petang...perjalan dari rumahku ke pusat pameran Maha di Serdang..aku rasa begitu jauh..mungkin kerana aku terlalu ingin melihatnya...

Perjalanan yang sepatutnya lebih kurang sejam menjadi lebih kurang tiga jam kerana kesesakan jalan raya...dengan hujan yang agak lebat..akhirnya dalam kepenatan dan kesekan aku dan suami berjaya juga sampai ke tapak parkir yang disediakan oleh pihak UPM..kawasan yang cukup luas untuk meletakkan kenderaan..memang tiada masalah..



Masalah timbul sewaktu menanti bas untuk membawa kami ke tapak Maha...ada bas yang disediakan..tetapi tidak cikup dengan jumlah pengunjung yang datang..jadi kami berpaksa menunggu lama dan berasak-asak untuk menaiki kenderaan awam tersebut..seperti 'ikan sardin' kami didalam bas..terpaksa berasak-asak kerana hujan..jumlah bas yang tidak mencukupi..orang menunggu terlalu ramai...mujur aku tidak membawa anak-anakku..jadi pergerakan aku dan suami agak cepat..tetapi kesian mereka yang mengendong anak..

Dengan susaah payah dan rintangan yang ada..akhirnya kami sampai ke tapak pameran tersebut..memang menarik..kalau boleh semua ingin dibeli..tetapi setelah penat menjejalah tapak pameran satu apa pun kami tak beli...kerana kami akan menaiki bas semula ke tempat parkir...keadaan masih hujan...

Untuk balik ke tempat parkir, sekali lagi kami terpaksa berasak-asak..tiada sistem langsung..pada mulanya kami tidak mahu berebut-berebut seperti mereka..tetapi setelah dua bas, kami masih lagi tidak dapat menaikinya..maka kami juga bertindak sama seperti pengunjung yang lain....sekali lagi sesak dan padat kami di dalam bas..walaupun penat..aku tetap seronok...sebab aku dapat juga mengunjungi Maha akhirnya....Thanks to my hubby yang mahu menemankan aku ke sana...

Sunday, December 5, 2010

Ex-SDH Reunion Batch 84-88



Rancangan dibuat dah lama..cuma menanti masa untuk merialisasikan impian yang ada...atas usaha bersungguh-sungguh oleh seorang rakan yang bernama Azahari dan beberapa AJK ad-hoc yang dilantik, akhirnya kami semua berjaya dikumpulkan di DePalma Inn, Kuala Selangor.

Pertemuan yang dirancang pada 4 Disember 2010 akhirnya menjadi kenyataan..ramai juga yang memberi jaminan untuk hadir..tapi di saat akhir ada yang menarik diri atas pelbagai alasan tersendiri..aku sendiri punya alasan untuk tidak turut serta..tapi kerana rindu pada rakan-rakan sekolah dahulu, dan takut kalau-kalau aku tak mempunyai kesempatan di lain waktu, aku gagahkan diri untuk hadir...ternyata kehadiran aku tidak menghampakan...

Dalam keadaan serba ringkas, program tersebut meinggalkan kenangan terbaik untuk aku dalam kelendar 2010...kenangan yang cukup manis dan indah untuk dilupakan..aku berpeluang bertemu kembali kawan-kawan lama yang tak pernah jumpa..walaupun sekampung kata orang..masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing...

Hampir 20 tahun kami terpisah antara satu sama lain...pertemuan singkat kami dapat mengubat rindu seketika..dengan gurau senda seperti dahulu...cuma kali ini lain caranya..kerana masing-masing sudah berkeluarga..tapi tetap mesra seperti dahulu..dan ramai juga guru dan rakan kami yang telah menyambut panggilan Ilahi..al-Fatihah buat mereka..

Buat Azahari and the gang, congrate...dengan makanan, tempat dan cabutan bertuah..thanks to all yang sama-sama memeriahkan majlis tersebut...semuga persahabatan kita tidak terhenti setakat itu sahaja..semuga ianya berpanjangan hingga ke akhir hayat kita..insya Allah..

Monday, November 22, 2010

Click to play this Smilebox greeting
Create your own greeting - Powered by Smilebox
Create your own greeting

Friday, November 19, 2010

Holiday at Pulau Batam, Indonesia

4 November 2010 yang lalu, aku bercuti panjang..cuti deepavali bermula dari 4 hingga 7 November 2010..macam biasa..bila cuti panjang, budget cukup, kami atur rancangan tuk cuti-cuti Malaysia. Destinasi awal sebenarnya nak ke utara tanah air..lps tu nak menjenguk ke Langkawi..tapi hasrat terbatal dengan berita banjir yang melanda negeri di utara tanah air..atas nasihat seorang kawan aku yang kandas di Kedah, aku tukar haluan...

Arah perjalanan bertukar dari utara ke selatan....lebuh raya agak lengang..mungkin sebab ari tu baru hari Khamis...hasratnya nak cuti-cuti Malaysia..lepas berbincang panjang lebar dalam kereta, kami tukar lagi haluan...destinasi pilihan kali ini, Pulau Batam, Indonesia...nasib kami agak baik..sebab aku bawa pasport sekali...cerita yang aku dengar, tempat ni tak popular sangat untuk melancong...tak de yang special kat sini..tak pe la..belum pegi belum tahu...

Kami bermalam di JB...esok pagi-pagi kami akan ke Stulang Laut untuk menaiki feri ke Pulau Batam...orang ramai..tapi kebanyakkannya warga Singapura...ada sedikit rakyat Malaysia dan selebihnya warga Indonesia sendiri..Feri kecil je..macam feri yang kita naik nak ke Langkawi...perjalanan makan masa 2 1/2 jam lebih kurang...pemandangan agak menarik..terutama bila melalui perairan Singapura..

Setelah dilambung ombak, akhirnya kami sampai ke destinasi...punyala ramai orang berbaris kat Immigeresen...hampir sejam gak kami ambik masa tuk melepasi kaunter tu...ketibaan kami disambut oleh pemandu pelancong kami dengan sebuah Avanza hitam..kecil je pulau ni..camner kami nak penuhi masa kami 3 hari 2 malam disini...sampai saja, kami di bawa melihat kawasan kilang dan perindustrian....tour dalam kereta je...kawasan yang luas...semua ada kat sana...patutla jarang dengar orang Batam bekerja kat Malaysia...kemudian kami di bawa melihat jambatan...agak terkejut..dah banyak tempat kami pergi, inilah kali pertama melawat jambatan..menurut Shelfy, pemandu pelancong kami, Jambatan Barelang adalah lambang kebanggaan mereka...

Teruja gak kami tuk melihat jambatan tersebut..bila tiba tempatnya, biasa je..aku rasa jambatan Pulau Pinang jauh lebih cantik dan canggih...bezanya, macam pesta diatas jambatan..ada orang berniaga, ada yang menikmati keindahan..ada yang melepak..ada yang berdating...banyakla aktiviti atas jambatan ni..kebetulan pulak cuaca hari tu agak baik..jadi, cukup meriah suasana disini..dan paling istimewa di sini..adalah rojaknya..bunyi cam biasa je..tapi rojak buah kat sini sangat special..sempatlah kami menikmati rojak buah yang sangat popular di sini...Rojak Gendut...goyangnya mengalahkan goyang Innul..memang sedap....

Makan tengahari kami di gerai masakan padang...punyalah banyak lauk atas meja...hanya yang kita makan saja yang akan dikira...sedap menikmati makan tengaharinya...kebetulan memang tengah lapar..selesai, kami ke hotel untuk check in...ramai orang Malaysia..rasa cam kat Malaysia la pulak..

Pulau Batam ni memang tempat tuk berehat..bershopping..taklah serabut, cam kat KL...sekali sekala nak tukar angin boleh lah kesini...not bad...banyak mall kat sini..pilih je..kat sini tak de gerai-gerai tepi jalan...semua dok dalam komplek...walau cam mana pun Bandung still the best 4 shopping...